hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud: Pengagihan secara adil atau sama banyak.

Contoh ayat: Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah" demi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.