Maksud: Orang yang rajin kerana baru bekerja.
penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
Maksud: Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetepi diheboh-hebohkan.
Contoh ayat: Jangan diheboh-hebohkan kejayaan awak agar tidak terjadi seperti penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
penyu bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri
Maksud: Keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang
pepat di luar pancung di dalam
Maksud: Rupanya baik tetapi hatinya jahat
pepat di luar rencong di dalam
Maksud: Orang yang lahirnya baik tetapi di hatinya jahat
perah keringat
Maksud: Bekerja dengan kuat