putih dikejar, hitam tak dapat

Maksud: Keuntungan dan lain-lain yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dan lain-lain yang di dalam tangan habis hilang

putih hati

Maksud: Ikhlas dan jujur.

Contoh ayat: Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

putih mata

Maksud: Terlepas peluang.

Contoh ayat: Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.