putih tapak kaki

Maksud: Lari sekuat-kuatnya.

Contoh ayat: Putih tapak kakinya ketika melarikan diri apabia dikejar oleh anjing liar itu.

putih tulang

Maksud: Mati.

Contoh ayat: Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.

putus akal

Maksud: Tidak tahu apa yang dibuat lagi.