Maksud: Barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat
rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka
Maksud: Jangan terlalu mesra bergaul dengan orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat
ringan kaki
Maksud: Orang yang suka mengunjungi
ringan kepala
Maksud: Mudah memahami (mengerti) ajaran.
Contoh ayat: Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya.
ringan lidah
Maksud: Suka bercakap.
Contoh ayat: Izati seorang gadis yang ringan lidah dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.
ringan mulut
Maksud: Suka bercakap.
Contoh ayat: Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.