Maksud: Banyak bercakap tetapi malas meninggalkan tempat duduk.
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Maksud: Saling menolong ketika senang atau susah.
ringan tangan
Maksud: Suka membantu orang
ringan tulang
Maksud: Rajin bekerja
Contoh ayat: Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.
ringan tulang, berat perut
Maksud: Orang yang rajin bekerja tentu akan mendapat rezeki dan memperoleh kesenangan.
Contoh ayat: Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.
roda penghidupan
Maksud: Nasib dalam kehidupan