Maksud: Terlalu bohong
sama seperahu
Maksud: Orang yang sama-sama terlibat dalam suatu perkara, sekiranya berlaku kesusahan, kesemuanya akan menanggung akibat juga
sama turun dengan malim
Maksud: Perempuan yang dalam tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin diceraikan oleh suaminya
samar muka
Maksud: Waktu hampir gelap atau senja.
sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas
Maksud: Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan
sambil berdendang biduk hilir
Maksud: Membuat dua tiga pekerjaan dengan sekali gus