Maksud: Hantu di rimba
sapu tangan
Maksud: Kain kecil yang bersegi empat untuk mengesat peluh
sapu tangan menali ayam
Maksud: Perihal kemiskinan yang amat sangat
sarang pipit
Maksud: Lekuk kecil yang muncul pada pipi semasa senyum atau ketawa
sarang tebuan jangan dijolok
Maksud: Jangan mencari bahaya.
Contoh ayat: Ibu menasihati David supaya jangan melakukan kerja yang berbahaya kerana buruk padahnya seperti kata bidalan sarang tebuan jangan dijolok.
sarang unam dimasuki ketam menjadi umang-umang
Maksud: Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat