Maksud: Kenduri yang diadakan selepas menuai.
sedekah kubur
Maksud: Kenduri yang diadakan selepas pengebumian
sedencing bagai besi, seciap bagai ayam
Maksud: Mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat)
sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang
Maksud: Hal orang yang maju ke muka untuk mencapai cita-citanya
sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang
Maksud: Perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri)
sedia payung sebelum hujan
Maksud: Berwaspada dahulu sebelum mendapat sesuatu bencana