Maksud: Perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa
seperti pipit menelan jagung
Maksud: Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri.
seperti pisau bermata dua
Maksud: Menarik keuntungan daripada kedua-dua belah pihak.
seperti pisau raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul
Maksud: Kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain
seperti pohon beringin ditiup angin
Maksud: Menentang kekerasan tanpa berlemah-lembut.
Contoh ayat: Baran seperti pohon beringin ditiup angin kerana dia akan bertindak keras terhadap orang yang mengasarinya.
seperti pohon buluh ditiup angin
Maksud: Perihal orang yang lemah lembut, tetapi keras kemahuannya