Maksud: Berlari dengan pantas kerana ketakutan (jera dan lain-lain)
seperti pucuk dengan pelepah
Maksud: Sama darajatnya.
seperti pucuk eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya
Maksud: Tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yang menang atau kuat itulah yang diikut)
seperti pungguk rindukan bulan
Maksud: Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.
seperti puyuh mahu yang betina daripada yang jantan
Maksud: Perihal isteri yang berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja)
seperti rabuk dengan api
Maksud: Dua orang yang bertujuan sama dalam suatu perkara hanya menanti peluang yang baik saja lagi untuk dikerjakan