Maksud: Sudah mendapat yang lebih baik yang kurang baik ditinggalkan
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Maksud: Setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama dibuang/diketepikan.
Contoh ayat: Abang bersikap seperti sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi kerana dia kini tidak menjaga kereta lamanya setelah membeli kereta baharu.
sudah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati
Maksud: Sebab mendapat yang baru, yang lama (atau kurang sempurna) dibuang
sudah diheban dihela pula
Maksud: Mengalami berbagai-bagai penderitaan terus-menerus
sudah dikecek dikecong pula
Maksud: Dua kali tertipu (terpedaya)
sudah diludah dijilat balik
Maksud: Sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali.