Maksud: Orang yang cantik itu akhirnya akan tua juga
sungguhpun putarwali itu raja segala penawar tetapi pada kebanyakan selera ialah hamba segala makanan
Maksud: Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya
sunting hati
Maksud: Anak kesayangan
suntuk akal
Maksud: Tidak luas fikiran / pengetahuan.
Contoh ayat: Saya tidak sanggup menerima jawatan itu kerana saya masih suntuk akal lagi.
supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam
Maksud: Supaya tahu akan susah hidup
surat atas batu
Maksud: Sesuatu adat yang terus dipakai selama-lamanya