Maksud: Sesuatu keadaan yang tidak tetap.
bagai ada biduk, serempu pula
Maksud: Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki
bagai ada gigi dengan lidah sahaja
Maksud: Cuma boleh bercakap sahaja
bagai ada lurah di sebalik bukit
Maksud: Mempunyai motif tersembunyi
bagai ada nasi di balik kerak
Maksud: Masih ada yang belum selesai
bagai air di daun keladi
Maksud: Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi sebarang kesan.
Contoh ayat: Ibu Maya berasa sangat sedih dengan sikap nakalnya yang tidak berubah walau telah dinasihati berulang kali. Setiap tegurannya tidak mempunyai kesan bagai air di daun keladi.