Maksud: Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain.
bagai kerbau runcing tanduk
Maksud: Orang yang terkenal kerana jahatnya
bagai kerbau terkejut oleh gong
Maksud: Tercengang-cengang kehairanan
bagai keroncor dengan belangkas
Maksud: Sepakat
bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Maksud: Orang yang menyuruh orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul.
Contoh ayat: "Kamus menyuruh adik-adik kamu bersembahyang, tetapi kamu sendiri tidak sembahyang. Kamu seperti ketem menyuruh anaknya berjalan betul," kata Encik Zaki kepada anaknya, Firdaus.
bagai kiambang dilempar
Maksud: Bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yang berkumpul)