abu Jahal

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

Contoh ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

abu Nawas

Maksud: Orang yang suka berhelah.

Contoh ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

abui mata

Maksud: Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya.

Contoh ayat: Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin.

ada air adalah ikan

Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat: Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

ada akal

Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

Contoh ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi ayahnya.