adu domba

Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

Contoh ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

adu kening

Maksud: Berhadap-hadapan muka.

Contoh ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

adu lengan

Maksud: Beradu kekuatan.

Contoh ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

adu nasib

Maksud: Mencari rezeki.

Contoh ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

adu untung

Maksud: Mencari rezeki.

Contoh ayat: Ali datang dari seberang dan cuba mengadu untung di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.