bagai meramas biji cempedak

Maksud: Sungguh-sungguh untuk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik

bagai minyak dengan air

Maksud: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampur jadi satu.

bagai murai tercabut ekor

Maksud: Seseorang yang becok mulutnya.

Contoh ayat: Siti yang bercakap bagai murai tercabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.