Maksud: Bunyi jatuh orang yang gemuk
bagai nangka masak menyesak sarungnya
Maksud: Rupa seorang yang tambun
bagai nikah tak suka
Maksud: Berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya
bagai ombak purus
Maksud: Deru yang amat menghibakan
bagai padi hendakkan dedak, bagai laki hendakkan kendak
Maksud: Orang yang suka menolak pemberian yang baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk
bagai pahat dengan pemukul
Maksud: Satu sama lain bantu-membantu.