Maksud: Ingin atau bernafsu
berair rongkongan
Maksud: Mendapat rezeki
beraja di hati, bersultan di mata
Maksud: Menuruti kehendak atau nafsu sendiri
beraja di mata, bersultan di hati
Maksud: Terlalu mengikut nafsu atau kehendak sendiri.
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.
Contoh ayat: Jikalau mahu menjadi orang yang berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
beralih akal
Maksud: berubah fikiran
Contoh ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.