Maksud: Kalau berpendapatan besar, perbelanjaan pun besar.
besar perut
Maksud: Hamil
Contoh ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.
besar rabu
Maksud: Dungu, tidak bijak
besar senggulung daripada beban
Maksud: Besar belanja daripada pendapatan
besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang
Maksud: Hutang itu walau sedikit, tetapi berat juga bagi orang yang menanggungnya
besi baik diringgiti
Maksud: Perihal sesuatu yang sudah baik dibaiki lagi