Maksud: Jodoh yang tidak sepadan
burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang
Maksud: Perhubungan atau perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat
burung terbang dipipiskan lada
Maksud: Belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya.
Contoh ayat: Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran.
burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan
Maksud: Jangan percaya kepada sesuatu perkara yang belum disahkan
busuk berbau, jatuh berdebuk
Maksud: Kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yang tidak baik) akhirnya diketahui orang juga
busuk budi
Maksud: Tabiat yang tidak baik