Maksud: Serba salah dalam sesuatu pekerjaan yang sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya)
diratapi langau hijau
Maksud: Orang yang mati di rantau asing
direbus tak empuk
Maksud: Sangat sukar dikalahkan
direndam tak basah
Maksud: Sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dan lain-lain)
disambut dengan penyapu tak bersimpai
Maksud: Dihalau keluar dari sesuatu majlis kerana dibenci orang
disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari
Maksud: Disangka akan senang atau mulia selama-lamanya, tetapi ditimpa bahaya sehingga jatuh melarat