Maksud: Budi pekerti yang baik
elok buruk dan busuk hanyir
Maksud: Kesenangan dan kesusahan selalu bersampingan
elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Maksud: Kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dengan kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat
elok lenggang di tempat datar
Maksud: Bersuka-suka biarlah pada tempat dan waktunya
elok palut, pengebat kurang
Maksud: Kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik
emak angkat
Maksud: Wanita yang dijadikan seperti emak sendiri.