Maksud: Walaupun perbuatan yang terlanjur adalah sedikit, akibatnya sama juga dengan kesalahan yang besar
gadai terdorong kepada cina
Maksud: Terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali
gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
Maksud: Apa yang ditentukan tidak mungkin diubah lagi
gadis julung bersubang
Maksud: Orang yang sangat berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat)
gadis tanggung
Maksud: Gadis yang sedang membesar
gaduh hati
Maksud: Sentiasa gelisah