Maksud: Suka campur tangan
gar kata gelegar, rasuk juga menahannya
Maksud: Dalam sesuatu perkara jangan terlalu percaya pada kata orang (kerana akibatnya nanti ditanggung sendiri)
gar-gar kata pelantar, rasuk juga yang menahannya
Maksud: Kita tidak boleh mendengar cakap orang yang tidak bertanggungjawab
garam dikulum tak hancur
Maksud: Orang yang pandai menyimpan rahsia
garam dikulumnya tak hancur
Maksud: Seorang yang pintar menyimpan rahsia
garam hidup
Maksud: Pengalaman
Contoh ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.