Maksud: Bekerja keras tanpa beroleh faedah
hendak air pancuran terbit
Maksud: Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki
hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Maksud: Sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada orang-orang yang ahli ataupun akar dalam perkara itu.
hendak bersunting bunga mala
Maksud: Hendak beristeri perempuan tua
hendak bertanduk kepala dipahat
Maksud: Sanggup berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri demi menunjukkan kemegahan
hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar
Maksud: Berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat sulit, berada dalam keadaan yang serba salah