Maksud: Orang yang hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya
hendak ucok dilawan damai, hendak perang giling peluru
Maksud: Tidak menolak kehendak musuh atau lawan
hendak ulam pucuk menjulai
Maksud: Yang diperoleh lebih baik daripada yang dikehendaki
hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya
Maksud: Hendaklah hidup dalam muafakat, senang sama-sama dinikmati, susah sama-sama dipikul
hendaklah seperti tembikar, pecah semua
Maksud: Hendaklah hidup bermuafakat antara satu dengan lain
hentam kromo
Maksud: 1. Memukul (meninju dan sebagainya) dengan hebatnya.
2. Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh ayat: 1. Lori itu hentam kromo tiang-tiang kawat yg berderetan.
2. Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.