Maksud: Membuat sesuatu dengan kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan daripada kebalikannya
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Maksud: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput
Maksud: Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit
hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih
Maksud: Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran
hendak terbang tiada bersayap
Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya
hendak terbang tiada sayap
Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya