Maksud: Perbuatan yang tidak bijaksana
ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya
Maksud: Payah hendak mengubah tabiat orang
ikat perut
Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.
ikhtiar menjalani, untung menyudahi
Maksud: Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kepada nasib
ikut hati
Maksud: Mengikut perasaan atau kehendak hati
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata buta
Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa.