kaji lama

Maksud: Perkataan-perkataan lama yang selalu diulang-ulangi

kaki arak

Maksud: Orang yang suka minum arak.

Contoh ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

kaki ayam

Maksud: Tidak memakai kasut.

Contoh ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

kaki bangku

Maksud: Tidak pandai bermain bola.

Contoh ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.