Maksud: Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap, kuat ikan kerana radai
Maksud: Berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya
kuat lilit kerana simpulnya
Maksud: Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya
kuat sepit kerana kempa
Maksud: Orang yang menjadi kuat dalam sesuatu perkara kerana ada yang menolong atau menyokongnya dari belakang
kubur abang
Maksud: Lekuk kecil yang muncul pada pipi semasa senyum atau ketaw
kucing bertanduk
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.