Maksud: Orang yang melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yang digemarinya
laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana menerkam
Maksud: Tidak mempedulikan bahaya, kerana ternampak barang yang digemarinya
laksana kodok dapat bunga sekuntum
Maksud: Tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yang baik
laksana kodok ditimpa kemarau
Maksud: Sangat gelisah (berkeluh-kesah)
laksana kunyit dengan kapur
Maksud: Mudah mesra dan cepat akrab.
laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol
Maksud: Orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya