Maksud: Pekerti (orang yang lembut hati) yang dapat dipengaruhi orang
laksana katak diharung ular
Maksud: Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.
laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
Maksud: Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil.
laksana kedidi, di mana pantai tercunggit-cunggit
Maksud: Orang yang sentiasa tidak tetap kelakuannya
laksana kedidi, di mana pantai terjengget-jengget
Maksud: Orang yang sentiasa tidak tetap kelakuannya
laksana kera dapat bunga
Maksud: Tiada dapat menghargai barang yang bagus