Maksud: Jangan berbuat baik kepada orang yang suka berbuat jahat.
anak harimau tak akan menjadi anak kambing
Maksud: Orang yang berani tak akan jadi penakut
anak hitam
Maksud: Anak yang ketujuh.
anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan
Maksud: Jikalau tahu sesuatu kemahiran, hendaklah tahu menyimpan rahsianya
anak jalanan
Maksud: Anak yang nakal
anak jantan
Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.