cari bala

Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Contoh ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

cari akal

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

carak benak

Maksud: Terlalu banyak mengambil untung

cangkul angin

Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.

Contoh ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.