Maksud: Sengaja mencari bahaya.
cari makan
Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
cari jalan
Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
cari ikhtiar
Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.
cari helah
Maksud: Berusaha melepaskan diri.
cari fasal
Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.