Maksud: Menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja)
cakar langit
Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
cakar ayam
Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.
cakapan sejengkal dibawa sehasta
Maksud: Perkara yang kecil diperbesar-besarkan
cakap mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.
cakap melangit, dapur tidak berasap
Maksud: Berlagak kaya, tetapi miskin