Maksud: Kata-kata yang tiada isinya.
cakap besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.
cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Maksud: Bercakap seperti orang kaya, sebenarnya miskin
cakap berisi
Maksud: Percakapan yang berfaedah.
cakap berdegar-degar, tumit di keting
Maksud: Orang yang bercakap besar tetapi penakut
cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar
Maksud: Cakap sahaja yang besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yang dilakukan