Maksud: Segala masalah dapat diselesaikan apabila kedua-dua pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat
buru nafsu
Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.
Contoh ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.
buru hutang
Maksud: Terdesak kerana berhutang.
Contoh ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.
bunuh diri
Maksud: Sengaja menamatkan nyawa sendiri
bunting marah
Maksud: Orang yang lekas marah
bunting kerbau
Maksud: Hamil yang menjangkau sepuluh bulan