Maksud: Penambah penghasilan yang telah ada
buat helah
Maksud: Memberi alasan yang diada-adakan.
buat bodah
Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.
Contoh ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Maksud: Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.
buat akal
Maksud: Mencari helah
buang yang keruh, ambil yang jernih
Maksud: Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka.
Lupakan perkara atau peristiwa yang tidak baik dan ambil (ingatkan) yang baik-baik sahaja
Contoh ayat: Hubungan Ali dan Abu semakin pulih kerana Ali mengaku kesilapannya ibarat buang yang keruh ambil yang jernih.