buang ubat

Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.

Contoh ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.

buang tempuh

Maksud: Membazirkan masa dengan sia-sia sahaja

buang tabiat

Maksud: Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.

buang sifat

Maksud: Mencederakan seseorang sehingga menjadi cacat

buang sial

Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.

Contoh ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.