buah helah

Maksud: Mencari helah.

Contoh ayat: Buah helah yang diguna oleh kanak-kanak itu telah berjaya mengelirukan pencuri.

buah hati

Maksud: Orang kesayangan, kekasih.

buah fikiran

Maksud: Pendapat.

Contoh ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

buah dacing

Maksud: Batu yang digunakan untuk menimbang

buah bibir

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

Contoh ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia.