Maksud: Biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin)
biar miskin asal cerdik terlawan juga orang kaya
Maksud: Kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan
biar miring asalkan jangan tertelungkup
Maksud: Tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali
biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Maksud: Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan
biar mati biar hidup
Maksud: Baik mati mahupun hidup
biar mati anak, jangan mati adat
Maksud: Orang yang kuat perpegang pada adat / Adat yang tidak boleh dilanggar.
Contoh ayat : Banyak adat istiadat lama masih digamalkan oleh masyarakat kini, kerana mereka percaya biar mati anak jangan mati adat.