Maksud: Membuat sesuatu perkara dengan cermat dan hati-hati.
biar lambat asalkan selamat
Maksud: Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan sebaliknya lakukannya dengan penuh kesabaran demi kebaikan bersama-sama.
Contoh ayat: Encik Roslan memandu dengan cermat untuk pulang ke kampung bersama-sama keluarganya kerana dia memegang prinsip biar lambat asalkan selamat.
biar lambat asal selamat; takkan lari gunung dikejar
Maksud: Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan hati-hati
biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar
Maksud: Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati
biar kurang garang, asal lebih gaya
Maksud: Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut
biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis
Maksud: Kalau tersalah dalam sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu daripada dianiaya oleh orang yang bodoh