bahasa menunjukkan bangsa

Maksud: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa.

Contoh ayat: Orang Jepun sentiasa menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun di peringkat antarabangsa kerana bagi mereka bahasa menunjukkan bangsa.

bahasa mati

Maksud: Bahasa yang tidak lagi digunakan

bahasa kesat

Maksud: Kata-kata yang menyakiti hati orang.

bahasa keruh

Maksud: Bahasa yang tidak teratur dan tidak lancar