bahasa kalangan

Maksud: Bahasa yang digunakan dalam sesuatu lingkungan pekerjaan tertentu dan sukar difahami oleh orang luar

bahasa kacukan

Maksud: Bahasa yang bercampur aduk dengan pengaruh bahasa asing

bahasa kacauan

Maksud: Bahasa yang salah penggunaan tatabahasa

bahasa jiwa bangsa

Maksud: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti  bangsa.

Contoh ayat: Orang Jepun sentiasa menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun di peringkat antarabangsa kerana bagi mereka bahasa jiwa bangsa.

bahasa isyarat

Maksud: Buah fikiran yang disampaikan melalui gerak-geri tubuh badan

bahasa istana

Maksud: Bahasa khas yang diguna oleh golongan istana.