Maksud: Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita.
bagai mendapat cincin ijuk
Maksud: Mendapat barang yang tidak berguna
bagai mencurahkan air ke atas pasir
Maksud: Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.
bagai mencurah air ke daun keladi
Maksud: Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.
Contoh ayat: Segala nasihat Pak Uda kepada abang bagai mencurah air ke duan keladi kerana abang masih tidak mengubah perangainya.
bagai mencencang air
Maksud: Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.
bagai mencari kutu dalam ijuk
Maksud: Terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dan lain-lain)