Maksud: Gadis yang tidak mahu bersuami
bagai keluang bebar petang
Maksud: Berkerumun (berhimpun) beramai-ramai
bagai kelip-kelip terbang malam
Maksud: Sesuatu rahsia yang tidak dapat disembunyikan.
Contoh ayat: Kisah Norli yang mengandungkan anak luar nikah bagai kelip-kelip terbang malam apabila perutnya semakin membesar.
bagai keli kena ketuk
Maksud: Seseorang yang merungut dengan tidak tentu hujung pangkalnya.
Contoh ayat: Rakan-rakan Roslin hairan akan sikapnya yang sering merungut seorang diri bagai keli kena ketuk.
bagai keli dalam lubang
Maksud: Seseorang yang merungut dengan tidak tentu hujung pangkalnya.
Contoh ayat: Rakan-rakan Roslin hairan akan sikapnya yang sering merungut seorang diri bagai keli dalam lubang.
bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus
Maksud: Orang yang lemah mudah dianiayai oleh orang yang berkuasa