bagai itik pulang petang

Maksud: Orang yang berjalan lambat.

Contoh ayat: Hani selalu ditinggal oleh rakan-rakannya ketika pulang dari sekolah kerana dia berjalan bagai itik pulang petang.

bagai itik mendapatkan air

Maksud: Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.

Contoh ayat: Patricia bagai itik mendapatkan air apabila ayahnya menghadiahkan seutas rantai pada hari jadinya.

bagai isi dengan kuku

Maksud: Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).